Minggu, 20 Januari 2013

Ketahui Komen Pada Entri Melalui Email


Mengetahui siapa yang komen pada sesebuah entri adalah penting bagi seseorang blogger samada untuk mengetahui respon daripada pengunjung ataupun memberi maklum balas jika ada perkara yang ditanya oleh pengunjung kepada pemilik.

Contohnya begini. Anda ada blog kan. dan sudah tentu anda ada entri yang banyak dalam blog anda. Katakan anda ada entri bertarikh 12 Februari 2009, bagaimana anda hendak tahu jika ada orang komen pada entri tersebut pada hari ini.? Takkan anda hendak periksa semua entri anda untuk pastikan samada ada komen baru atau tidak. Bukankah itu menyusahkan dan begitu membuang masa.:)

Oleh itu, terdapat cara mudah untuk para blogger untuk ketahui samada entri anda baru sahaja dikomen oleh seseorang.Dan anda akan dapat tahu melalui email.

1)Login akaun anda, dan dari dashboard, klik pada setting
Ketahui Komen Pada Entri Melalui Email


2)Selepas itu klik pada comments
Ketahui Komen Pada Entri Melalui Email


3)Apabila paparan sudah dibuka, scroll sampai bawah sehingga anda jumpa 'comment notification email'. Masukkan email anda. anda juga boleh masukkan lebih dari satu email, kemudian save.. siap..:)
Ketahui Komen Pada Entri Melalui Email


Apabila ada seseorang yang komen pada entri anda, contoh yang keluar pada email yahoo adalah seperti berikut.,
Ketahui Komen Pada Entri Melalui Email


So senang untuk anda ketahui bila dan entri apakah yang mempunyai komen terbaru.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar